Thursday, November 20, 2008

TERCETUSNYA IDEA SEORANG PENULIS



Pertamanya, penulis masih mencari-cari apakah tajuk yang sesuai bagi penulis dalam usaha pembikinan untuk membangunkan sebuah blog ilmiah ini. Namun, setelah mengambil masa yang begitu lama memikirkan sebuah tajuk bagi blog ini, penulis mendapat idea untuk memilih tajuk ‘Mengubah Ciptaan Allah’, yang merupakan sukatan bagi mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4, di bawah sub topik Hadith Hukum, tajuk ke-16, halaman 136.

Proses memilih tajuk boleh dikatakan amat penting bagi penulis. Tujuan penulis memilih tajuk ini sebagai tugasan ilmiah adalah kerana penulis ingin memberi kefahaman yang jelas kepada seluruh masyarakat umumnya yang masih kabur lagi dengan masalah-masalah yang berkaitan dengan hukum serta perkara-perkara yang termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah. Sehubungan itu juga, blog ini sesuai untuk dijadikan rujukan kepada semua lapisan masyarakat kerana penulis telah membuat pautan-pautan kepada permasalahan yang timbul berhubung perbuatan yang dianggap mengubah ciptaan Allah. Penulis merasa berbesar hati dengan blog yang dicipta ini kerana dapat memperbetulkan salah faham berhubung soal agama yang berkaitan dengan hukum yang ditetapkan Allah. Lahirnya cetusan idea untuk memilih tajuk ini, adalah kerana penulis berhadapan sendiri dengan masyarakat yang melakukan perbuatan tersebut, lalu penulis merasakan bahawa pengetahuan agama yang tidak mendalam menyebabkan perbuatan yang mengubah ciptaan Allah ini berleluasa dikalangan masyarakat Islam di Negara ini. Diharapkan blog yang dicipta penulis ini sedikit sebanyak dapat memperbetulkan salah faham serta menyedarkan orang yang melakukan kesilapan. Moga-moga mereka mendapat pengampunan daripada Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Insya-Allah….

Langkah kedua yang dilakukan oleh penulis, adalah mencari serta mengakses maklumat daripada Internet. Penulis mencari semua maklumat yang berkaiatan dengan tajuk yang dipilih. Penulis sekadar membaca sepintas lalu terlebih dahulu bagi menjimatkan masa. Alamat-alamat web yang dicari itu, kemudiannya dicatat dan diambil untuk penulis melakukan proses seterusnya iaitu membuat pemilihan serta tapisan terhadap laman web yang dicari itu. Setelah membuat pemilihan, diikuti proses terakhir iaitu proses penilaian dengan mengutamakan beberapa kriteria. Antara kriteria yang dititikberatkan oleh penulis ialah, dari segi 1)kejelasan, 2)ketepatan, 3)keterperincian, 4)logik, 5)relevan, 6)mendalam, 7) luas, 8)significan dan 9)adil.

Secara tidak langsung, daripada bermula proses pemilihan tajuk sehinggalah selesai proses pembinaan blog, penulis telah mengaplikasikan 3 langkah asas sehingga terhasilnya sebuah tugasan. Bermula dari proses membina pelan tindakan(merancang), mengekalkan/ memantau pelan(membina), dan menilai pelan tindakan(penilaian). Daripada sini, berlakunya pemikiran kritikal, dimana merupakan usaha-usaha menganalisis dan mentaksir sesuatu untuk digunakan atau untuk diperolehi. Adakah ianya sesuai untuk digunakan atau tidak untuk pelajar?

Langkah ketiga yang dilakukan penulis ialah membina keempat-empat blog:
1) Blog peribadi
2) Blog refleksi
3) Blog tentang laman web yang berkaiatan dengan tajuk
4) blog pengajaran & pembelajaran

Langkah keempat ialah menghias blog.

RENTETAN RINGKAS

8 MEI 2008- Menjawab persoalan berkaitan kelebihan dan kelemahan blog

2 OGOS 2008- Menerima panduan perancangan dan pelaksanaan kajian

5 OGOS 2008- Menerima panduan 2

9 OGOS 2008- Mencari tajuk

5 SEPTEMBER 2008- Menerima panduan 3

10 SEPTEMBER 2008- Menerima panduan 4-Penilaian Metaku

11-30 SEPTEMBER 2008- Mengakses maklumat yang berkaitan topik dan subtopik yang berkenaan dengan tajuk yang dipilih.

1- 6 OKTOBER 2008- Hari Raya Aidilfitri (Rest)

7-30 OKTOBER 2008- Masih terkapai-kapai mencari subtopic yang berkaitan dengan tajuk
1 NOVEMBER 2008- Aku yang ketinggalan…..(Baru berhenti kerja sambilan)

5 NOVEMBER 2008- Penulis baru mula memulakan tugasan. Menaip isi-isi untuk dimuatkan dalam blog.

6 NOVEMBER 2008- Menyiapkan blog P&P

7-12 NOVEMBER 2008- Focus exam. Jap baca nota, jap edit blog. Hanya kepada Allah aku meminta pertolongan. Rabbi Yassir Wala Tuassir..

13 NOVEMBER 2008- Menyiapkan power point berkaitan P&P, dan peta konsep serta strategi yang digunakan untuk dimuatkan dalam laman refleksi.

15 NOVEMBER 2008- Menaip laman-laman web berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Islam yang sesuai untuk rujukan para guru.

16 NOVEMBER 2008- Membuat analisis bagi semua laman web yang diakses

17 NOVEMBER 2008- Membuat print screen setelah mendapat panduan daripada seorang sahabat yang sedia membantu saya, iaitu Fadhil. Seterusnya menyambung membuat power point yang mana difikirkan perlu untuk dimuatkan dalam laman refleksi

18 NOVEMBER 2008- Penambahbaikan keempat-empat blog

19 NOVEMBER 2008- Menyambung tugasan membuat analisis serta membuat print screen paparan blog analisis. Membuat laporan bertulis laporan ilmiah.

21 NOVEMBER 2008- Lastly, I’m done!! A Big Thanks to Allah….

PROSES MEMBANGUNKAN BLOG



URUTAN PROSES

APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN DULU?

Dalam membina pelan tindakan :-

Persoalan yang timbul disini ialah, apakah perkara utama yang perlu saya lakukan terlebih dahulu sebelum memulakan tugasan mencipta blog ini.

Jawapan saya: Memilih tajuk “Mengubah Ciptaan Allah”.

Sehubungan itu, saya juga memikirakan berkenaan apakah objektif saya melaksanakan tugasan ini?

Jawapan saya:
1) Penulis ingin memberi kefahaman yang jelas kepada seluruh masyarakat umumnya serta pelajar khususnya yang masih kabur lagi dengan masalah-masalah yang berkaitan dengan hukum serta perkara-perkara yang termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah.

2) Sehubungan itu juga, blog ini sesuai untuk dijadikan rujukan kepada semua lapisan masyarakat kerana penulis telah membuat pautan-pautan kepada permasalahan yang timbul berhubung perbuatan yang dianggap mengubah ciptaan Allah.

3) Penulis merasa berbesar hati dengan blog yang dicipta ini kerana dapat memperbetulkan salah faham berhubung soal agama yang berkaitan dengan hukum yang ditetapkan Allah.

Apa yang ingin saya capai?

Jawapan saya:
Lahirnya cetusan idea untuk memilih tajuk ini, adalah kerana penulis berhadapan sendiri dengan masyarakat yang melakukan perbuatan tersebut, lalu penulis merasakan bahawa pengetahuan agama yang tidak mendalam menyebabkan perbuatan yang mengubah ciptaan Allah ini berleluasa dikalangan masyarakat Islam di Negara ini. Diharapkan blog yang dicipta penulis ini sedikit sebanyak dapat memperbetulkan salah faham serta menyedarkan orang yang melakukan kesilapan untuk kembali berubah selepas mengetahuinya. Moga-moga mereka mendapat pengampunan daripada Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Insya-Allah….

Dalam peringkat merancang:-

ADAKAH OBJEKTIF YANG HENDAK DICAPAI JELAS??

Jawapan saya:

Setelah menyenaraikan objektif ketika membina pelan tindakan, ia membantu penulis membuat gambaran dan membantu memberi petunjuk serta panduan kepada penulis untuk melaksanakan objektif yang dibina bagi memastikan tugasan selanjutnya dapat dilaksanakan mengikut turutan yang betul dalam usaha mencapai objektif.

Adakah ia cukup mendalam dan luas bagi isu yang hendak diselesaikan?

Jawapan saya:
Web yang dicari hendaklah bertepatan dengan tajuk dan objektif yang ingin dicapai dari sudut kejelasan, ketepatan, dan keterperinciannya untuk membantu penulis menangani isu yang hendak diselesaikan. Ia cukup penting untuk memberi penjelasan yang mendalam untuk menyedarkan masyarakat yang keliru,leka dan lalai dengan dunia serta terpengaruh dengan pengaruh Barat dan rakan sebaya.

Adakah kategori dan sub kategori relevan dengan topik?

Jawapan saya:

Web yang dipilih menepati dan bersesuaian dengan topik yang hendak dibincang dan diselesaikan.


Dalam peringkat menilai:-

MENILAI STRATEGI & HASIL PENCARIAN YANG DIJALANKAN..

Apa strategi yang digunakan?

Jawapan saya:

3 langkah asas iaitu:
1) membina pelan tindakan
2) memantau pelan
3)menilai pelan tindakan

Sejauhmana strategi itu dijalankan dengan baik?

Jawapan saya:
Mengikut turutan 3 langkah asas
Menilai dari segi:-
1)kejelasan, 2)ketepatan, 3)keterperincian, 4)logik, 5)relevan, 6)mendalam, 7) luas, 8)significan dan 9)adil.

PERINGKAT YANG DILALUI SEMASA PROSES MENGAKSES MAKLUMAT



Langkah 1: (pelan tindakan)

Menyenaraikan topik dan sub topik sebagai objektif pencarian maklumat. Fokus pencarian dan dengan menyenaraikan topik dan sub topik yang berkaitan dengan tajuk utama.

Contoh: Mengubah ciptaan Allah

i) Larangan yang terdapat dalam sumber hukum
1) Al-Quran/
2) Hadith

ii)perkara yang termasuk dalam mengubah ciptaan Allah
-Membuat tatu
-Menjarangkan gigi
-Mencukur alis
-Menyambung rambut
-Mewarna rambut
-Mengubah anggota badan

iii) hukum mengubah ciptaan Allah (istinbat hukum)


Langkah 2: (merancang)

Menggunakan strategi yang sesuai untuk mengakses bahan berdasarkan topik dan sub topik yang telah disenaraikan.

Contoh :
1) kata kunci
2) enjin pencarian

Langkah 3 (memantau)

Peringkat memantau. Ini kerana berlakunya lempahan maklumat supaya berada pada landasan yang betul untuk mencapai objektif. Menilai web yang di cari berdasarkan sejauhmana relevan dengan topik yang dicari,sejauhmana boleh dipercayai,mencukupi dan sebagainya. 1)kejelasan, 2)ketepatan, 3)keterperincian, 4)logik, 5)relevan, 6)mendalam, 7) luas, 8)significan dan 9)adil.


Langkah 4 (menilai)

Membuat refleksi tentang strategi yang digunakan
Menilai kekuatan dan kelemahan

Wednesday, November 19, 2008

LAPORAN BERTULIS


Setelah tamatnya paper terakhir iaitu Pengajian Qiraat, barulah terasa lega dan bolehlah memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pembikinan blog dan laporan bertulis laporan ilmiah. Berakhirnya sebuah peperiksaan adalah saat yang paling gembira untuk dinantikan. Barulah aku dapat rasakan betapa nikmatnya dalam menuntut ilmu. Ilmu yang telah dipelajari akan ku aplikasikan dalam kehidupan seharian untuk membina hari2 yang lebih bermakna. Lega rasanya hati ini bila peperiksaan aku yang berlansung selama 2 jam bermula pukul 8.30 pagi sehinggalah 10.30 pagi berakhir! Aku rasa bebas yang teramat sangat dan jarang sekali aku dapat menikmati saat saat dimana aku tidak perlu risau dan bekerja keras lagi.hehe... Untuk pengetahuan kalian, peperiksaan tadi adalah peperiksaan terakhir untuk semester ini.. Sedar atau tidak, sudah genap 3tahun setengah aku belajar, bertungkus lumus membuat assignment dan sebagainya... Tepat jam 10.30 tadi, berakhirlah segala galanya... Sudah mesti aku akan merindui saat2 manis pergi ke kelas bersama rakan rakan...Bercakap mengenai peperiksaan, memang ramai yang tidak suka! Yelah, peperiksaan banyak menduga sejauh mana kemampuan kita memahami subjek yang telah kita pelajari.. Macam aku, bukan aku tak suka peperiksaan, cuma yang aku tak tahan ialah jari jemari aku nie macam dah nak tercabut menulis diatas kertas jawapan.... Dengan had masa yang memang menduga kecekalan kita (2 jam) dan banyak soalan yang nak kene jawab (especially essay question)... memang kita akan rasa tertekan... Aku kadang2 pasrah dengan apa yang bakal aku terima selepas itu... Jika ada rezeki, dapatlah aku keputusan yang cemerlang.... Kalau tidak, sekadar lulus ajelah...Jauh disudut hati aku, aku memang mensasarkan keputusan cemerlang bila menduduki ape2 peperiksaan.. be the first..Alhamdulillah, aku lega kerana tadi, semuanya sudah selesai... Rasa seperti balak yang ade atas kepala telah dilepaskan.... Ringan seringan ringannya kepala otak aku skarang...Legaaaaa........................pasni wat laporan bertulis ilmiah plakk..

19 NOVEMBER 2008


Menyambung tugasan membuat analisis serta membuat print screen paparan blog analisis

18 NOVEMBER 2008


Penambahbaikan keempat-empat blog

17 NOVEMBER 2008


Membuat print screen setelah mendapat panduan daripada seorang sahabat yang sedia membantu saya, iaitu Fadhil. Seterusnya menyambung membuat power point yang mana difikirkan perlu untuk dimuatkan dalam laman refleksi

16 NOVEMBER 2008


Membuat analisis bagi semua laman web yang diakses mengikut 9 kriteria pemikiran iaitu:-
1) kejelasan
2) ketepatan
3)keterperincian
4) logik
5) relevan
6) mendalam
7) luas
8)signifikan
9)adil

Tuesday, November 18, 2008

15 NOVEMBER 2008


Menaip laman-laman web berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Islam yang sesuai untuk rujukan para guru.

13 NOVEMBER 2008


Menyiapkan power point berkaitan P&P, dan peta konsep serta strategi yang digunakan untuk dimuatkan dalam laman refleksi

7-12 NOVEMBER 2008


Focus exam. Jap baca nota, jap edit blog. Hanya kepada Allah aku meminta pertolongan. Rabbi Yassir Wala Tuassir..

5 NOVEMBER 2008


Penulis baru mula memulakan tugasan. Menaip isi-isi yang berkaitan dengan tajuk yang terkandung dalam buku teks Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 untuk dimuatkan dalam blog.

7-30 OKTOBER 2008


Masih terkapai-kapai mencari subtopic yang berkaitan dengan tajuk.
Mencari-Memantau-Menilai

MENGAKSES MAKLUMAT


11-30 SEPTEMBER 2008

Mengakses maklumat yang berkaitan topik dan subtopik yang berkenaan dengan tajuk yang dipilih menggunakan enjin pencarian.

MAKLUMAT TAMBAHAN


6 OKTOBER 2008



Penulis cuba mengakses web yang berkaitan dengan pemikiran kritikal dengan menggunakan kata kunci ‘pemikiran kritikal-saemah’ dan menjumpainya pada http://pkukmweb.ukm.my/~fpendidikan/penerbitan.html yang mengandungi 97 senarai jornal SCOPUS. Saya cuba mencari jornal yang dikarang oleh Dr. Saemah dan Dr.Hajah Siti Fátimah. Di sini, saya meng’klik’ pada :-

1)Saemah Rahman & Siti Fatimah Mohd Yassin, 2007, Aplikasi pemikiran kritikal dalam penggunaan sumber maklumat daripada internet untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat , Proceeding International Conference on Lifelong Learning, Hlm. 414-421

2) Saemah Rahman & Siti Fatimah Mohd Yassin, 2007, Cabaran pembelajaran dalam persekitaran hipermedia , Seminar Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Negara Ketiga ,Hlm. 301-306

3) Saemah Rahman dan Siti Fatimah Mohd Yassin , 2007 Pengarang, , Melatih Pelajar Belajar Cara Belajar: Bagaimana guru mengimplementasikannya dalam bilik darjah , prosiding seminar international pendidikan serantau III , 260-269

4) Siti Fatimah Mohd Yassin & Saemah Rahman (2007) , 2007 Pengarang, , Pengintegrasian Interdisiplinari Melalui Pembelajaran Berasaskan Masalah Dengan Teknologi Dalam Latihan Perguruan. , Prosiding Seminar Kebangsaan JPPG 2007: Teknologi dan Innovasi dalam Pendidikan , 379-389

Selain itu, saya juga mencari dalam http://pkukmweb.ukm.my/japss/index.php?pageNum_tesis=12&totalRows_tesis=130&catsis=74&view=tesis. Hasilnya, saya menemui artikel yang berkaitan pemikiran kritikal, Penerbitan - Buku / Bab Dalam BukuPemikiran kritikal dan strategi metakognitif dalam mengakses dan mempelajari maklumat daripada internet. Buku Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Tindakan selanjutnya, saya cuba mencari buku tersebut dan menyalin kembali artikel tersebut sekadar untuk bacaan dan saya merasakan ia sesuai untuk dimuatkan dalam laman refleksi saya.

Sehubungan dengan itu, saya juga mendapati artikel dalam web berkenaan karangan Dr. Saemah Rahman & Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin, 2007,yang bertajuk :
Aplikasi pemikiran kritikal dalam penggunaan sumber maklumat daripada internet untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat:

METAKU


10 SEPTEMBER 2008

Terlebih dahulu, semasa melayari laman web Metaku , www.3metaku.com/
saya dikehendaki login, daftar metaku sebelum dapat masuk melayari laman web tersebut. Web Metaku merupakan salah satu panduan untuk mengakses dan mempelajari bahan dalam persekitaran pembelajaran hipermedia dengan mengamalkan strategi metakognitif dan memfokus kepada dua bentuk pembelajaran iaitu pembelajaran dalam talian dan luar talian.Mengikut kehendak penyelaras tesis kami, saya dikehendaki membuat Analisis Kendiri dengan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan mengikut bab-bab tertentu.



Tujuan menjawab soalan yang dikemukakan ialah untuk menentukan sejauhmana kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada diri saya terhadap pembelajaran persekitaran hipermedia. Kemudian, setelah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, saya mendapati kedudukan saya dimana saya mencapai:-

Tahap Mencari Maklumat adalah 88%
Tahap Memilih Maklumat adalah 78%
Tahap Menyimpan Maklumat adalah 83%
Tahap Mempelajari Maklumat adalah 80%

Kemudian, saya dikehendaki untuk melakukan Penilaian Kendiri. Penilaian Kendiri ini adalah bertujuan merefleksi aktiviti pembelajaran yang telah dilalui. Berlakunya perbezaan di sini apabila di bandingkan tahap pengetahuan saya sebelum dan selepas mempelajari web Metaku. Di sini saya kemukakan keputusan Penilaian Kendiri yang dilakukan:-

Tahap Mencari Maklumat adalah 89%
Tahap Memilih Maklumat adalah 82%
Tahap Menyimpan Maklumat adalah 84%
Tahap Mempelajari Maklumat adalah 83%

Kami disarankan untuk mengikut arahan yang seterusnya dari semasa ke semasa….

PANDUAN 3

5 SEPTEMBER 2008

Sehingga tahap ini anda telahpun mempunyai tajuk dan mempunyai blog. Untuk kajian ini anda akan mempunyai sekurang-kurangnya 3 blog yang berasingan.
Blog peribadi/personal (optional)
Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatakan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif)
Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)
Jangan terlalu menekankan soal estetika atau kosmetik blog pada ketika ini kerana tugas yang penting dan kritikal pada saat ini ialah seperti berikut
Tugas anda pada ketika ini untuk membaca, mengetahui, memahami dan mengaplikasikan pengetahuan tentang pemikiran kritikal melalui artikel yang telah diupload.
Mencari, memilih dan menilai laman-laman web berdasarkan kriteria standard pemikiran.
Cari sekurang-kurangnya 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk anda sama ada dalam bahasa Melayu, indonesia dan english.
Anda perlu menganalisis dan menilai kandungan laman-laman web berkenaan berdasarkan standard pemikiran. Buat table/jadual untuk memudahkan anda membuat statistik deskriptif dari segi peratus laman web yang ada telah cari, pilih dan nilai yang memenuhi kriteria.
Anda juga perlu membuat ulasan ringkas kandungan berdasarkan kriteria penilaian berasaskan standard pemikiran.
Semasa proses ini dijalankan anda boleh create satu blog yang khusus dengan menyenaraikan laman-laman web berkenaan serta ulasan. Kerana anda akan membuat pautan kepada blog berkenaan dari blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda. (ini yang dikatakan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dfan pembelajaran tajuk anda)
Semasa anda menganalisis kandungan laman-laman web yang dikemukakan oleh penulis lain, anda juga perlu mengambil iktibar dari kelemahan-kelemahan laman-laman web berkenaan supaya semasa anda membangunkan blog tentang tajuk anda ia tidak diulangi. Ia juga menjadi catatan dalam blog latihan ilmiah sebagai refleksi.
Proses ini dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh hari ini. Saya harap semasa perjumpaan minggu depan anda telah telah melalui proses ini dan jika ada masalah kami (Dr Saemah dan saya) akan jelaskan pada perjumpaan khamis depan 11 sept 08.

PANDUAN 2

5 OGOS 2008

Kajian anda adalah berkaitan dengan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk yang berkaitan dengan bidang masing-masing
blog digunakan untuk anda memaparkan sumber-sumber maklumat yang telah anda cari, pilih, nilai dan akan gunakan dalam tajuk-tajuk yang anda.
Blog juga digunakan sebagai medan untuk anda menggunakan sebagai sokongan kepada pengajaran dan pembelajaran tajuk berkenaan.
Untuk itu dalam proses pembangunan blog ini, ia perlu melalui langkah-langkah berikut
Membuat analisis keperluan (berdasarkan maklumat dalam bab 1 dan bab 2 - kajian kepustakaan dengan menetapkan objektif blog anda, objektif pembelajaran)
Membuat reka bentuk dan membangunkan (memperincikan kandungan; reka bentuk antara muka (blog boleh dipelbagaikan user interface - contoh blog yang Fadil sesduai untuk dijadikan interface - tetapi saya tak mahu sama. Anda boleh create beberapa blog dan membuat pautan antara blog, yang penting isi kandungan blog dipaparkan sesuai dengan tajuk kajian anda. Anda perlu buat blog tentang proses anda melaksanakan kajian - refleksi metakognitif anda melakukan kajian - termasuk nanti semasa anda mencari maklumat. Dalam hal ini ada perlu mempelajari kemahiran membuat blog.
Menyebarkan blog anda pada rakan-rakan lain dalam kumpulan ilmiah ini untuk mendapat maklum balas. Sila letakkan dalam menu links alamat blog masing-masing agar saya dan dr saemah dapat memantau kemajuan anda. Anda juga perlu dapatkan pengguna iaitu murid-murid sekolah sebenar untuk menilai kandungan pembelajarna dalam blog anda. Dalam hal ini, anda boleh mendapatkan anak-anak kakitangan ukm. Kita boleh buat special day - jika perlu. Dalam bulan puasa ini anda boleh arrange anak-anak yatim darul izzah dan anak-anak kakitangan keselamatan contohnya untuk dibawa ke makmal komputer - sambil belajar kandungan blog anda. Saya harap pelajar dapat arrange pertemuan ini. Boleh buat hari Ahad. Kalau program ke kemboja anda boleh arrange, inikan pula program berskala kecil ini. Anda boleh gunakan kedua-dua makmal. Seorang pelajar boleh membawa 4-5 murid untuk guna komputer. Anda boleh aturkan proses pengujian dan penilaian ini. Dengan itu, disamping anda memantapkan kajian anda, murid sekolah juga dapat memanfaatkan kajian anda, anda juga boleh buat program tambahan - iaitu mengajar murid membina blog sendiri.
Setelah mendapat maklum balas dari pelajar, anda boleh memperbaiki blog anda.
Dalam proses menyiapkan menyiapkan blog kajian, anda perlu menyiapkan laporan dan uploadkan dalam folder masing-masing dalam group ini. agar kami dapat memantau kajian anda.
Sila ikut arahan kami dari masa ke semasa.
Sekarang anda perlu melipat gandakan usaha.
Saya dapati tidak ramai yang aktif dalam group ini.

PANDUAN PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN

2 0G0S 2008
PANDUAN 1



Penggunaan sumber maklumat dari laman web dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cabaran besar kepada guru-guru. Walaupun sumber maklumat mudah dicapai, tetapi ledakan maklumat yang terdapat dalam pelbagai laman web telah menyebabkan guru dan pelajar sukar untuk memilih sesuai, menilai dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Justeru, guru novis perlu mempunyai kemahiran berfikir tinggi untuk memastikan maklumat yang terdapat dalam laman-laman web adalah sahih dan boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Dengan itu, satu mekanisma untuk penganalisisan dan penilaian bahan-bahan sumber maklumat dari laman-laman web perlu diwujudkan. Seterusnya sumber maklumat tersebut boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran bermakna dengan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dilaksanakan.

Untuk kajian ini, anda perlu mengaplikasikan ilmu-ilmu ikhtisas yang telah dipelajari seperti

Komputer dalam Pendidikan (yang terkini anda perlu ada blog sendiri);
psikologi pendidikan;
teknologi pendidikan;
pengalaman semasa menjalani latihan mengajar; kaedah pendidikan islam / alquran;
pengukuran penilaian;
kemahiran berfikir dalam pendidikan (ilmu tambahan – standard pemikiran –dan anda perlu baca dan faham dan bincang dalam yahoogroup tentang Intelectual standard. Dr saemah akan memantau tahap kefahaman anda tentang Intelektual standard ini );

Tajuk:

PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( PILIH SATU TAJUK YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN ALQURAN)

KEKUATAN DAN KELEMAHAN BLOG

8 MEI 2008

Antara kelebihan blog dalam p&p:
1)dapat membantu pelajar dan rakan sejawatan dalam menambahmaklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
2)membantu guru membuat refleksi terhadap hasil pengajaran danpembelajaran serta membuat penambahbaikan terhadap kelemahan sediaada.
3)membantu pelajar celik IT serta menarik perhatian pelajar-pelajar untuk menggunakan kemudahan dalam pencarian maklumat.
4)guru dapat menjimatkan masa dengan memilih blog pengajaran yangsesuai untuk dirujuk oleh pelajar mereka untuk satu subtopik.
5)dapat berkongsi idea sesama guru dan bertukar-tukar maklumat maklumat sesama mereka Kelemahan blog dalam p&p:
1)proses untuk menyediakan blog
2)mencari blog yang sesuai untuk memastikan kesahihan maklumat supaya tidak mengelirukan pelajar
3)kesukaran bagi sekolah pedalaman yang tidak menyediakan perkhidmatan internet.
4)mengalami gangguan apabila `server down'